Foodylla @ Warung Pojok, Petaling Jaya

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

"Haa kau tak pernah pergi pojok? Biar betul kau ni."

"Weh jom pergi pojok."

"Dah lama weh aku tak makan pojok." 

Pojok. Pojok. Pojok.
Siapakah si pojok sebenarnya? Jeng jeng jeng.

Haha Dylla pun tak pernah kenal pojok before this. Warung Pojok ni actually kedai makan set set ayam penyet yang famous kat area Subang (not sure if ada tempat lain juga). Ada orang cakap pojok ni maksudnya 'ajak', ada yang cakap 'berkumpul'. Kawan kawan Dylla yang dulu Taylors lah yang selalu duk canang betapa sedap nya food situ and ketagihnya diorang nak pi pojok tu. Setelah beberapa tahun berlalu since the first day terasa nak makan, baru lah sekarang baru dapat makan *cerita sedih* haha. Pojok ni dulu kata mereka warung kecil je, tapi sekarang dah ada lot kedai sendiri, so lagi selesa lah if nak makan. Dylla baru pergi situ dua kali, both times Dylla order nasi putih dengan ayam penyet. And everytime pergi Dylla mesti minta extra cili hehe almaklumlah orang Melaka, pedas tu wajib haha.

Makan pojok, order sekali air extra joss. Tak sure lah eja macam ni ke tak. Extra joss tu Dylla rasa macam ala ala air vitagen tapi ada gas haaa sedappp! Ada 4 flavours if tak silap, Dylla biasa order anggur nyumnyum! Dylla macam biasa kalau food sedap, mana cukup nasi 1 pinggan hehehe.

Kat sini ada juga ikan keli, tapi Dylla biasa order ayam lah, minta bahagian peha, then makan panas panas pehhh sedap! Mula mula Dylla makan macam tu je without kicap, then kawan Dylla semua cakap kicap tu lah yang buat lagi sedap so Dylla pun try lah letak kicap. Sedapppp! Rasa macam lagi lemak manis plus pedas haha bab makan Dylla memang nombor satu.


Overall memang sedap lah hihi. Pojok ni area Petaling Jaya, dekat je dengan Sunway. 

Apa kaitan pojok dengan bakar tangan orang? 

Dylla lah antara yang tangan terbakar tu! First time makan tak rasa sangat, but bila pergi second time fuhyoo sampai nak tidur rasa tangan terbakar. Dylla tahu tu rasa pijau (read:pijar, orang Melaka panggil pijau hehe) tapi degil punya pasal Dylla pi Google "burning sensation of the right hand" hm satu tindakan yang tidak patut... 

Biasa lah Google kan, dari Raynaud's Syndrome sampai ke mild stoke keluar haha. Then Dylla Google elok elok sikit "burning sensation after eating spicy food" haaa baru lah keluar yang betul. It is actually called 'Hot Pepper Hands' haha. Kat situ ada suruh try cuci tangan guna basuh pinggan, so Dylla pun try lah. Jangan kata sabun pinggan, segala jenis sabun tak berkesan. Last last Dylla tidur dalam keadaan tangan panas membara, so sad.  

Balik rumah Dylla tanya lah ibu..

"Ibu, macam mana nak hilangkan tangan rasa terbakar or rasa pijau eh?"
(Dah macam dalam iklan pula)

Then ibu cakap senang je. 
Pergi letak tangan dalam tempayan or tong yang berisi beras. Gaul gaul tangan sikit dalam beras then hilang lah. Senangnya ibu jawab, patutnya tanya ibu dulu dari pergi Google then keluar benda merapu hahaha. 

Ibu ni serba boleh betul. Macam macam dia tahu, kan? Hehe. 

3 comments

  1. Heheheh tersengih akak baca pengalaman tangan pijau Dylla. Clap!Clap!Clap! untuk ibu.
    Memang kalau kita google simptom penyakit, macam2 yang keluar ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu lah pasal. Dah banyak kali dah saya duk cuak sorang sorang sebab pergi google symptoms hahaha.

      Delete