Cara Mudah Membuat 'Chocolate Jar'

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Baru je balik kelas terus on lappy. Tadi dalam kelas kemain tersengguk -.- Dylla dah berazam nak try update blog setiap hari so that takdelah berhabuk sangat blog ni. So harini Dylla nak ajar macam mana nak buat chocolate jar. Murah, sedap and jimat! Hehe

Bahan-bahan yang diperlukan:
Coklat masakan
Coklat cadbury besar 
Bubble rice

Cara-caranya:
1. Didihkan air dalam periuk.
2. Masukkan coklat masakan seberapa banyak yang anda nak and letakkan di atas periuk yang ada air tadi. Gunakan teknik 'double boiling', means dua tingkat; Bawah - air and Atas - coklat. So that takde lah coklat tu hangus ke apa.



3.  Bila dah cair semua, masukkan coklat cadbury. And gaul lagi sampai semua memang betul betul cair.



4.  Sambil-sambil tu boleh lah goreng sesikit bubble rice atas kuali kosong (tanpa minyak). Baru lah lagi crispy gituuu.



5.  Gabungkan coklat yang dah cair dengan bubble rice and taraaaa, siap! Sedap dimakan time panas, biar melecur sikit lidah hehe.


Kalau nak menggedik boleh juga isi dalam jar memana then ambil gambar hehe. Oh boleh juga kalau nak tambah oreo or marshmallow ke. 


Kalau biasa saiz jar atas ni RM 5, buat sendiri lagiiii murah. Bubble rice tu satu balang besar baru RM 1.90 and the best part is boleh letak chocolate banyak banyak nyum nyum! So nanti try lah eh hehe bye assalamualaikum! 

70 comments

  1. selalu member ada beli tapi harga dalam Rm9-10...
    mahal tu... padahal senang je nak buat.. :)

    ReplyDelete
  2. wahhh , mcm boleh cuba . tp, mana nak dpt bubble rice tu ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuba lah! Serious lagi sedap sbb banyak chocolate (tak habis habis pasal banyak choc) hehehe. Haritu pergi beli dekat mydin. Tanya je, selalunya diorang tahu je :)

      Delete
  3. rajin nya...balik kerlas terus masak..resipi mudah tapi sis JM femalas huhuh

    ReplyDelete
  4. igt susah rupanya senang je pon...leh try ni

    ReplyDelete
  5. the key point adalah.. kena rajin laaa Dylla.. kalo dak x jadi jugak ahak ahak..

    ReplyDelete
  6. nak tanya, bubble rice senang dapat dekat mana yaa?

    ReplyDelete
  7. Benda ni memang kalau makan tak ingat! Tau2 dah abis! :)

    ReplyDelete
  8. Klu rajin macam2 blh jd, klu Cikna suka + buah kering.....;-)

    ReplyDelete
  9. Nampak sedapnya dilla. dari dulu nak buat tapi malas je, hahaha. sorry komen post lama :3

    ReplyDelete
  10. Haaaa.... Pandai pandai :) bagus dylla ni :)

    ReplyDelete
  11. Sis kalau guna choc cadbury je takda choc masakan boleh tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh. Haritu saya ada choc masakan extra, so alang alang tu campurkan je sekali :)

      Delete
  12. Rm1.90 untuk sebotol termasuk harga botol ke? atau tidak hmm nk berjual. Lagi jimat guna bekas plastik tapi tk appealing sgt 😭😭😭

    ReplyDelete
    Replies
    1. RM1.90 tu harga untuk bubble rice dalam balang besar, bukan kos termasuk botol kaca :)

      Delete
    2. Hahaha.. Dah ada yang rancang nak wat niaga

      Delete
  13. Coklat lain selain coklat Cadbury, coklat apa ye yg sesuai ye..?

    ReplyDelete
  14. Replies
    1. Bagi saya resipi ni dah agak manis. So kalau tambah susu pekat akan jadi manis sangat, kalau tambah susu cair or susu lembu saya tak sure pulak. Boleh cuba. Nanti kalau dah cuba share lah apa hasilnya :)

      Delete
  15. If simpan dah sehari dua keras tak coklat nya ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau tak simpan dalam peti sejuk, InshaaAllah tak keras. If nak cairkan, rendam je jar tu dalam mangkuk berisi air panas.

      Delete
  16. Lepas letak dalam bekas . Coklat jdi keras 😣 kenapa eh ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh kalau simpan lama sikit memang keras. Bila nak makan balik, rendam je dalam air panas nanti coklat tu cair balik.

      Delete
  17. Selalunya berapa lama yer nak elakkan coklat tu jadi keras ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun tak pasti sebab biasa saya buat memang terus makan je haha

      Delete
    2. Kenapa orang tak suka coklat keras?

      Delete
  18. Kalau nak beli balang kaca tu satu berapa harga ye sis

    ReplyDelete
  19. Nak beli mahal sangat kengkadang tuh. Lepas ni boleh try buat sendiri la. Mesti puas hati ^_^

    ReplyDelete
  20. Saya p mydin nk beli bubble rice tnya staff situ semua tak thu..

    ReplyDelete
  21. Sya p mydin cari xjumpa.. tnya staff situ semua taktau.. sedih btoi.. kedai runcit ada x agak2 😁

    ReplyDelete
  22. Saya p mydin nk beli bubble rice tnya staff situ semua tak thu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh saya cari sendiri kat area area biskut. Kalau tak pun try tanya diorang kat mana 'bertih beras' tp bukan kat area beras tau. Harap membantu :)

      Delete
  23. Anak2 akk suka beli kat sekolah, satu jar kecik tu dlm rm5, dua kali suap abes da 😋
    Teringat dlu2 kat kg, jipang beras.. ni mgkin resip yg dh diperbaharui

    ReplyDelete
    Replies
    1. jipang beras? Apa tu kak? Haha first time saya dengar. Maybe kenal cuma tak tahu nama

      Delete
  24. Sebelum ni memang cari resepi ni. Punyalah tak jumpa. Akhirnya, ada jugak... Yayyy!!! Saya suka!!

    ReplyDelete
  25. alhamdulillah... thank you... tringin sngat nak makan... tunggu org nye open oder lama sngat.. so lepas ni... kte buat sendiri jerk...

    ReplyDelete