Resipi Mudah 'Congo Bars'

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Memandangkan Dylla dah janji nak share resipi congo bars yang Dylla guna untuk buat yang macam dalam Instagram Dylla tu, so here it is! 

Ibu lah yang memula beritahu nak buat congo bars. Dylla ingat ibu saja je cakpa nak buat, tapi rupa-rupanya siap dah beli barang apa semua haaa apa lagi Dylla lagi lah bersemangat nak buat. Dylla ni jenis manusia kalau barang dah tersedia memang rajin. Kalau kena cari bahan bahan kekadang sampai terbatal terus niat nak bake cake ke apa hahaha.

Resipi ni diambil dari blog Kak Azlita Masam Manis. Caranya mudah and simple! Tak payah pening pening kepala nak cari bahan ni kat mana, bahan itu kat mana hehe. 

Bahan-bahan:
315 gm tepung gandum
2 1/2 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil garam
150 gm mentega
320 gm gula perang - boleh kurangkan
3 biji telur
1 sudu kecil esen vanila
250 gm chocolate chips
1 cawan kacang pecan atau apa2 kekacang - optional (Dylla guna almond)
Kepingan badam untuk taburan - optional

Cara-cara membuat:
1. Ayak tepung, baking powder dan garam dalam bekas besar dan ketepikan.
2. Dalam bekas lain campurkan gula perang bersama mentega dan kacau rata sehingga mentega larut.
3. Masukkan telur sebiji demi sebijik dan putar sebati.
4. Masukkan esen vanila.F
5. Masukkan tepung, baking powder dan garam yang telah diayak dan kacau rata.
6. Akhir sekali masukkan chocolate chips dan kekacang dan gaul sempurna.
7. Tuangkan adunan kedalam tin pembakar ukuran 13 X 9 yang telah digris dgn mentega dan dialas dengan kertas minyak.
8. Ratakan permukan adunan dan taburkan kepingan badam dan chocolate chips jika suka sebagai hiasan.
9. Bakar pada suhu 170C selama lebih kurang 30 minit atau sehingga permukaan atas kuning keemasan. Jangan terlebih bakar.

Dylla takde badam, jadi Dylla memang letak chocolate chips 100g sebab tak perasan dalam resipi guna 250g and kacang almond. Boleh juga kalau nak letak M&M, peanut butter chips atau pun tabur sesikit karamel haa suka hati, mengikut kreativiti. 

Oh lagi satu, oven Dylla kecil and Dylla takde dulang bakar size tu, jadi Dylla guna je yang tebal. First time cuba. Keluar masuk oven banyak kali sebab takut dalam tak masak. At first macam lembik tengah tengah, tapi after awhile bila dah sejuk, tak lembik dah, Tak sabar nak rasa punya pasal, Dylla terus je potong time lembik, tu pasal gambar pun cam tak lawa sangat haha.

Nah ni gambar congo bars yang Dylla buat. Taraaaa! 


Sorry mampu upload gambar print screen je sebab Dylla tinggalkan laptop kat KL, so susah nak transfer gambar sobsob. Oh dalam Instagram Dylla ada short video process nak buat congo bars ni juga. Kalau rajin jemputlah singgah tengok hehe. 

Bagi Dylla yang kuat manis, congo bars yang ni memang manis manis manis (ulang 3x manis haha), so disarankan untuk kurangkan sikit gula especially orang yang tak suka makan manis. Jagalah kesihatan anda. Pesanan ikhlas dari Dyllarezan hehe. 

Selamat mencuba semua!

18 comments

  1. Alaa ~~ rumah takdr oven , tp kalau ada pun belum tentu nak buat. Haha .. Dr smlm terliur tgok congo bar dyla. Nasib baik tak termimpi mimpi jeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dylla ni pun oven dah berkurun tak pakai. Ni baru nak try try pakai balik haha

      Delete
  2. Dah amik resepi. Cukup bahan-bahan nanti Syaza cuba buat :)

    ReplyDelete
  3. Dari semalam masa tengok kat IG dah tergoda heheheh

    ReplyDelete
  4. Satu yang best tentang congo bars ni, kita boleh campak2 je bahan yg kita ada, kacang, nestum, chips,cornflakes :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah betul tu betul. Kalau ada badam, kacang hazelnut ke mesti lagi sedap nyumnyum!

      Delete
  5. Senang juga nak buatnya takde complicated sangat bahan2 dia, boleh cuba lepas ni. Nampak sedapppppp ^^

    ReplyDelete
  6. salam , saya dah buat dua kali congo bar , tapi dua dua keraas sikit , tak tahu silapnya kat mana hehehe, tak berjodoh dengan congo bar ni hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. Takpe cuba lagi bila ada masa! Dylla pun memula salah bakar so atas dah perang dalam still lembik haha

      Delete
  7. Aduh sedapnya tapi takde oven nak buat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. takpe nanti kalau dah ada oven buat lah tau! :D

      Delete