Happy Mother's Day, Ibu!

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Today's entry is dedicated to Norhalina binti Mohd Nor, siapa lagi kalau bukan makku yang comel lagi cantik lagi comel hehehe. Official gelaran; ibu and ayah. Tapi sometimes panggil ibuku/makku & ayahku/bapaku. Ni semua sebab entah macam mana entah gurau gurau tetiba terpanggil macam tu then terbiasa. Ayah pula kadang kadang buat drama panggil kitorang 'anakku' hahaha, oh god I already miss them. This weekend nak balik lagi tak kira hmmphh! Baru je sampai vista, then terus rasa macam serabut banyak kerja tak siap but end up relax lagi, aiyo Ardilla ni. 

Kalau nak list kan jasa pengorbanan ibu memang tak tahu lah bila nak habis tulis. Dari saat celik mata sampai sekarang wherever I am now. Ibu is my mother, my best friend, my good listener, my bodyguard, my protector, my teacher, my doctor, my everything. Ibu protects us as much as she could. Ibu is my best friend. Semua cerita ibu tahu and Dylla tak pernah sorokkan anything from ibu. Tak seronok kalau ibu tak tahu because who else should I tell my stories, ups and downs if not to my best friend, right? If tak beritahu pun confirm ibu dapat detect something isn't right. Yelah, ibu kan ibu haha! 

Masa Dylla ada lelah (asthma) dulu, ibu lah yang selalu bangun 2-3 pagi bawa minah ni pergi pam sebab semput. Then every time kena asthma, ibu mesti tanya "Rasa sesak nafas tak?" and every time tu juga lah Dylla akan jawab "Tak" padahal sesak nafas lah juga sikit sebab tak nak ibu risau. Ibu kalau risau, satu malam dia tak tidur. 

Have I told you that my ibu is the best listener and advisor I've ever had? Ibu tak pernah jemu bagi nasihat and ajaran. Just tell her anything and she will solve it in a minute right after you tell her.  Pasal food, academic, lifestyle and even pasal boys (zaman kekanak dulu :p). Antara yang Dylla suka which I quoted from ibu; 

"Tak payah kisah apa orang fikir, yang penting kita buat benda betul. Kalau kita duk kisah, kita yang jadi gila."

"Time sihat, makan lah banyak banyak, jangan tak makan nak diet apa semua. Nanti kalau dah sakit orang bagi apple pun kita tak boleh nak makan."

And she's like a personal doctor I tell ya. Cakap je ada masalah apa related to health and haaaa tudia keluar dah semua petua sana sini.

"Makan lah Calcium tu." 

"Nanti ibu belikan santan letak kat kepala." 

"Itu lah awak makan sayur tak nak." 

Ibu sayang kitorang semua sama rata and tak berbelah bagi. She's willing to do anything for us as long as we're happy. Takkan terbalas jasa ibu. Semoga ibu gembira dan berbangga dengan kami, and semoga kami menjadi anak anak yang soleh dan solehah InshaaAllah amin.


Ayah pun macam ibu juga. Ni pasal ibu je dulu, nanti time Father's Day Dylla post pasal ayah (even though hari hari ialah Ibu's and Ayah's Day) hehehe. 

Dah call ibu ayah belum harini? Haaa kalau belum pergi call cepat! Ibu dengan ayah tengah tunggu je mana lah anak diorang tak call lagi ni. Hargailah mereka sementara kita masih berkesempatan. Bila Dylla dah kehilangan datuk, baru lah Dylla rasa macam nak call je hari hari, dengar voicemail suara datuk pun jadi lah. So before terlambat, call lah ibu and ayah setiap hari kalau boleh. Kalau call kawan boleh sampai berjam-jam, takkan call ibu ayah 5 minit pun tak boleh kan? 

P/s: My first photo of ibu in instagram yeay!


Toodles. Assalamualaikum. 

No comments