Doktor Salah Beri Ubat

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. 

Seronoknyaaaa dah siap AIR (Assigned Independent Reading) Topic for Respiratory System. MashaaAllah susahnya tajuk, Dylla tak balik kampung semata-mata nak duduk rumah siapkan tulis essay ni. Nampak tak betapa gigihnya? Padahal sebab due date lagi 5 hari hehe. Luckily I already slept at nenek's house 2 days ago. 

Anyway, today Dylla nak cerita sikit pasal doktor. "Mu ni takdo life betul asyik cerita pasal doktor doktor doktor." Hm nak buat macam mana dah tu je yang saya belajar kat sekolah tsktsk :/ haha buat drama jap. Last week during CSU (Clinical Skills Unit) session, my groupmates and I had to clerk 2 respiratory cases. After interviewing our second simulated patient, one of the points in history of presenting illness, patient tu cakap dia dah pergi jumpa 3 doktor tapi semua ubat tak berkesan. So doctor perempuan yang conduct my group pun tanya kitorang kenapa ubat tak berkesan. Few of my groupmates beritahu lah yang doktor salah bagi ubat. Then doktor tu terus cakap yang kita tak boleh assume sesuka hati macam tu lebih lebih lagi if kita takde in that situation. Maybe patient tu yang tak beritahu semua symptoms yang dia kena. Maybe juga time tu baru lagi so all of the 3 doctors assumed that the disease was not that serious. Besides, doctors are human being too, they aren't perfect. 

Tetiba Dylla teringat ada satu kali ni Dylla pergi doktor sebab ada masalah hormon something like that. The real doctor of the clinic takde so another doctor replaced her on that day. Check punya check dia prescribed kan pil perancang untuk Dylla, and guess what? That time Dylla baru je tingkatan 1 ke 2 haha! Ibu macam pelik so ibu tanya lah pharmacist yang ada kat kaunter tu then the pharmacist called the real doctor of that clinic. Doctor Datin tu told the pharmacist to give me ubat apa entah, phew. Bila Dylla belajar sekarang, baru Dylla tahu pil perancang tak boleh diambil sesuka hati sebab boleh jadi faktor dapat darah tinggi. Takpelah, benda dah lepas. Doctor tu maybe tengah sibuk kot jadi he didn't aware yang dia ter prescribe pil perancang untuk budak 13 tahun, tapi lawak sikit lah hehe. 

So from these 2 stories, apa yang nak Dylla katakan ialah; Firstly, sentiasa bersangka baik terhadap orang lain, terutamanya our own friends and colleagues. Walau apa pun yang jadi, tak rugi kalau kita bersangka baik. Contoh, kalau tetiba ada orang potong kereta kita dari belakang and kita terkejut. Bersangka baik lah maybe orang tu rushing nak pergi hospital sebab isteri nak bersalin ke. Ni apa yang Dylla selalu buat lah haha. Daripada kita duk emo mengamuk cakap benda tak elok baik kita fikir benda benda positif haaa senang hati otak pun tak serabut hehe.

And secondly, if kita sakit and then rasa ragu-ragu dengan ubat yang doktor bagi, or maybe ubat yang kita makan tak jadikan kita baik, kita boleh rujuk pada doktor lain. Sebagai seorang patient, kita pun memainkan peranan yang penting. Jangan segan silu meluahkan apa yang kita hadapi kepada doktor, sebab kadang-kadang benda yang kita ingatkan remeh temeh sebenarnya penting! 

Okay I better stop here. Oh later on I wanna share a recipe! 

Assalamualaikum guys! :) 

4 comments

  1. ok pe cite bab dokte2 ni...kdg ada org xtau life dokte ni cmna

    ReplyDelete
  2. bab nak bersangka baik tu cukup susah tetapi akan cuba buat...terima kasih kongsi ye Dylla

    ReplyDelete