Ibadah Bagi Wanita Haid Pada 10 Malam Terakhir Ramadhan

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

"Alaaa kenapa lah tak boleh solat pula 10 malam terakhir ni. Frust nya tak boleh puasa, solat terawih apa semua." 

Antara perkara yang sering diujar oleh perempuan yang uzur, atau dalam kata lebih mudah datang haid aka 'period'. Terlebih dahulu bagi sesiapa yang sedang menghadapi masalah ini, jangan lah berasa sedih dan menyalahkan diri sendiri ke apa. Redha. Today Dylla nak share beberapa cadangan yang Dylla dapat daripada satu artikel. (Dah mohon kebenaran untuk share dah hehe). And bukannya bermaksud kita tak boleh bangun malam seperti orang lain juga :)

1.   Membaca / Mendengar ayat-ayat Al-Quran tanpa memegang mushaf Al-Quran. Terdapat khilaf mengenai perkara ini. Jadi jika tidak yakin atau rasa serba salah, maka buat lah yang selainnya sahaja.

2.   Melihat terjemahan ayat-ayat Al-Quran dan menghayatinya.

3.   Dzikrullah seperti tasbih, tahmid dan tahlil.

4.   Memohon keampunan daripada Allah swt dan banyakkan beristighfar. 

5.   Perbanyakkan doa.

6.   Berselawat ke atas Nabi.

7.   Muhasabah diri. 

8.   Membaca buku-buku agama. 

9.   Menghadiri majlis-majlis ilmu.

10. Menjaga lidah dari dosa.

11. Memberi nasihat, amar ma'ruf nahi munkar.

12. Sediakan juadah bersahur dan berbuka puasa.

13. Infaq / Bersedekah / Membantu orang yang susah dan dalam kesusahan.

14. Sebarluas ucapan salam. Memberi salam setiap kali bertemu dengan orang lain. 

15. Menahan diri dari menyebarkan serta melakukan perkara-perkara yang tidak berfaedah. 

Dan banyak lagi perkara-perkara baik yang boleh dilakukan bagi wanita yang tidak mampu dan tidak boleh menunaikan ibadah puasa dan solat terawih. 

Okay lah, semoga blog post ini memberi manfaat. Assalamualaikum :) 

4 comments

  1. terima kasih atas perkongsian yanf bermanfaat :)

    ReplyDelete
  2. klu niat utk beribadah , blh je dan ada caranya ... mudah2an kita melakukan yg terbaik di 10 mlm terakhir ni ...

    ReplyDelete