A Lie I Told Myself

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. 

1 month ago.. 

"Okay tahun ni kita nak raya sehari je. Exam seminggu lepas raya wuaaa. So raya kedua kita stay rumah je tau."

5 days ago..

"Eh eh baru kita sedar baju raya kita tahun ni ada 4 cuma satu tak sempat jahit. Tapi tak kira raya tahun ni wajib sehari juga." 

Today..

"Ke laut betul konon raya sehari je." 

Cakap bagai nak rak raya sehari je konon sebab nak study, last last raya ke 4 baru sedar exam lagi 6 hari. Don't know whether should cry or laugh haha. This year is the second year we celebrate raya without datuk. Still terasa lagi kehilangan datuk. Rasa macam baru semalam datuk pasangkan pelita malam raya and suruh semua anak menantu alih kereta sebab cucu cucu nak main bunga api. Semua nampak je gembira, deep inside I know each one of us teringatkan datuk. Even nenek pun time paklong and mak uda sibuk sibuk cari lilin nenek cakap, "Kalau baba ada lagi ni dia dah siapkan pelita lilin apa semua." Sedihnya.

Marilah kita ambil masa seminit untuk sedekahkan Al Fatihah kepada mereka yang telah pergi. 
Al-Fatihah. 

Okay meh Dylla cerita sikit apa yang jadi 3-4 raya ni. Haaa ye Dylla bercerita lah puas puas. After this make sure you study, okay?! *Marah diri sendiri 

Raya Pertama
Biasa raya first balik kampung belah ibu dulu but tetiba this year Ica ni haa ada idea bernas. Kampung dua dua kat Melaka, ada lah dalam 15 minit tu pasai tak payah pening gaduh nak balik kampung mana dulu haha. Usually pagi rumah nekmon (kampung belah ayah) yang ramai datang and rumah nenek ramai datang petang. So this year kitorang cadangkan kat ibu ayah supaya pergi rumah nekmon pagi and rumah nenek petang. Haaa menjadi. Tujuan asal sebab nanti takde lah terlepas duit raya hahaha MashaaAllah perangai. Untung tak kerja lagi, kat dua dua kampung ada konsep 'Makin besar, makin banyak duit raya' hehe alhamdulillah rezeki :p 

Raya Kedua
Siang duduk mereput dalam bilik kat kampung sebab ramai family datang, keluar untuk cuci pinggan mangkuk je. Malam baru pi beraya rumah paklong, makngah and cik. 

Raya Ketiga
Open house yeayerzzz. Segan jap time ibu tolong letakkan nasi macam sikit tau so Dylla dengan cepat terus cakap "Ibu tambahkan lagi." Almaklumlah big eater big stomach kan mana cukup nasi seciput. Pak cik apa entah nama Dylla lupa (tuan rumah) ternampak so dari jauh dia cakap, "Ohh makan sikit je ke." (Maybe dia assumed perempuan biasalah mana makan banyak). Then Dylla cakap bukan kurangkan tapi tambah haaa tergelak ibu and dia. Ya ampun, segannnnn! Tapi takpe, asalkan perut kenyang baru lah senang hati hehehe.

Overall Dylla suka raya this year because still dapat duit and more than the kids! Hehehehe *evil grin* Nah belanja gambar raya satu! More photos in my instagram :)

Top row; Aiman, Ibu, Ayah
Below; Ica, Me

Thought of uploading more photos but then hmmmm cannot airdrop from phone plus too lazy to find other alternatives krik krik hehe so till here guys. Assalamualaikum! 

2 comments