Tips Masuk U

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Lately ni #TipsMasukU jadi viral kat Twitter dengan beribu orang kasi pendapat. Ada yang serious, ada yang buat lawak. Ada yang cakap jangan lupa bawa gayung extra, ada yang cakap jangan fikir kahwin fikir belajar je, yang suruh flush lepas berak pun ada hahaha. Alhamdulillah Dylla dah lepas First Year, 17th August ni masuk Second Year (alhamdulillah!) so boleh lah nak kasi tips masuk uni sikit hehe. 

1.   Redha dan terima seadanya
Mungkin apa yang kita dapat bukan apa yang kita nak. Ada yang minta Biologi, dapat Sains Kimia. Ada yang minta Accountancy, dapat Mathematics. Tak semua apa yang kita nak kita boleh dapat. Kalau yang mampu, boleh lah cuba apply universiti swasta. Bagi orang sederhana macam saya ni, kita minta pendapat family semua. Buat lah solat istikharah, then redha dan terima dengan hati yang terbuka. Mungkin ada hikmah kita tak dapat apa yang kita nak, Allah SWT lebih mengetahui. 

2.   Kuatkan semangat, ringankan tangan
Ye, betul tu kena kuatkan semangat and ringankan tangan dengan timbunan borang. Takpe anggap lah tu senaman untuk tangan sebab dah lama menganggur kat rumah lah katakan :p Beli lah satu pen yang sedap ditulis so time tulis tu bersemangat lah sikit (kot) sambil boleh practice menulis balik haha. 

3.   Buat checklist
Tak susah pun buat checklist, last last berguna untuk kita sendiri juga. Dylla dulu selalu bahagikan checklist kepada beberapa bahagian; pakaian (baju kurung, tshirt, seluar..), toiletries (sabun, berus gigi, syampu..), keperluan diri (sejadah, Al-Quran, sikat, bedak..), food & drinks and apa apa lah yang patut. Dylla siap print lagi sebab memang takut sangat ada barang tertinggal, almaklumlah Melaka-KL jauh lah juga kan hehe. Bila teringat je ada benda nak bawa, terus tulis dalam checklist. But someone told me, I did this because I have minor OCD and a perfectionist, cehh -..-  

4.   Baca pengalaman orang lain
Before Dylla masuk IMU dulu, memang Dylla pergi google life kat IMU apa semua. Yelah at least before masuk ada lah juga idea tempat tu macam mana, dekat dengan pantai ke bandar ke, sekitar ada apa. Jangan pula nanti masuk haaa terkejut ada haiwan itu ini terus nangis nak keluar uni, no no jangan macam tu. Macam Ica (ariesharezan.blogspot.com) siap tengok video lagi haha semangat sangat tu :p Nah ni post Dylla share experience Dylla a week after masuk IMU; FIRST WEEK IN IMU.

5.   Jangan complain banyak sangat
Pergi sana bukakan hati untuk terima everything seadanya. Dylla faham memang lah tak selesa macam kat rumah tapi kena try sesuaikan diri dengan toilet share, bilik kecik sebab memang semua orang kena macam tu. Kalau orang lain boleh, kita pun mesti boleh juga. Takpe, anggap lah ni pengalaman hidup haaa gitu. 

6.   Berbaik dengan roommates / housemates
Kita nak tinggal sama paling kurang pun setahun so dari first day start tegur lah sikit sikit, then lama lama kamceng lah. Seminggu dua make sure barang sendiri jaga elok elok. Bukan nak timbulkan suspicious kat roommate ke apa, tapi nanti if barang hilang sebab kita yang salah letak tempat takut roommate yang tak bersalah pula dipersalahkan. Buat baik dengan orang InshaaAllah orang pun akan buat baik dengan kita. 

7.   Berbaik dengan senior
Kalau macam kat IMU memang takde senioriti langsung. But ni bukan soal senioriti ke apa. Berbaik dengan senior bukanlah kena buat semua benda apa yang senior suruh, ni bukannya sekolah asrama. Sekolah asrama pun senior dah tak buat macam tu dah sekarang haha apatah lagi uni life. Cuma hormat and berbaik lah dengan diorang. Ada rezeki, macam macam diorang tolong. Macam senior kat IMU diorang siap conduct kan mock exam untuk kitorang, bagi tips sana sini, jadi tutor practice OSCE and ada tu siap kasi past year and buku lagi.

8.   Orang lain bukan penghalang, carry mark bukan pengakhiran
Jangan compare diri sendiri dengan orang lain. Jangan rasa bila orang lain dapat keputusan lagi tinggi means kita ni tak bagus langsung and terus menerus torture our mind and 'down' kan diri sendiri. Ada sesetengah orang jadikan orang lain sebagai pendorong, ada yang jadi penghalang. So if you're one of those yang jadikan penghalang terhadap diri sendiri, then senang cerita, after dapat result ke apa tak payah tanya orang lain. Focus on yourself. And selalu ingat carry mark bukan bermakna kita tak boleh meningkat. Macam Dylla, carry mark Dylla untuk Sem 1 tak bagus sangat. So Dylla memang dah set mind "Okay aku kena study hard. Banyak kena cover ni sebab carry mark tak bagus sangat." 

9.   Datang kelas awal / tepat masa
Dylla mula datang kelas awal sejak semester lepas. Ada lah juga hari hari yang terlambat sikit tapi kalau nak dibandingkan dengan semester sebelumnya... *krik krik* kelas pukul 8 bangun 7.45 sebab suka tertidur lepas subuh ish ish perangai. So Dylla mula tidur awal sebab tak nak mengantuk dalam kelas. Make sure set alarm clock, and malam tu dah kena set otak. Contoh apa yang Dylla buat, kalau kelas pukul 8, malam tu Dylla dah set kan dalam otak; "Kelas pukul 8, so bangun pukul 6. Kalau tertidur balik pun paling lewat pukul 7.00 dah kena mandi and 7.30 dah kena pakai tudung." And Dylla ni jenis tak boleh kalau tak cukup tidur, so Dylla memang dah kira dalam otak at least kena tidur 6 jam, means malam before tu kena tidur pukul 12. Otak segar baru boleh belajar :) 

10. Bila relax, relax betul betul. Bila study, study betul betul
Bak kata pepatah orang putih; Work hard, play hard, study hard. Tak payah study 24/7 but make sure you always update yourself especially bila belajar benda baru. Dylla pernah post 8 study tips and Dylla memang ikut tips tu semua, alhamdulillah ada kesan positif. Nah nak baca boleh click ni; 8 STUDY TIPS. Bila relax, pastikan memang relax betul betul. Tak salah kalau lelapkan mata sekejap ke. Tak payah time nak lelap mata pun pergi baca notes. 

11. Jangan kedekut ilmu
Kongsi ilmu yang kita dapat, nanti orang tak lokek kongsi ilmu yang depa dapat. And kalau kita share ilmu yang kita ada, InshaaAllah makin kukuh ingatan kita sebab kita ulang balik apa yang kita tahu kat kawan kita. 

12. Makan jangan lupa!
Sibuk macam mana pun kerja, jangan skip makan! Make sure breakfast, lunch, dinner. Nanti kalau tak makan kalau perut kosong, satu kerja tak boleh buat. 

13. Jangan lengahkan kerja
Home work and assignment siapkan awal awal. Kalau boleh dapat je harini tajuk ke apa, terus start buat, research apa semua. Kerja siap awal, takde lah nanti last minute baru nak kelam-kabut plus boleh study dengan tenang. Another thing, study jangan last minute. Ada orang study last minute boleh dapat markah tinggi, tapi kalau kita tak boleh, jangan ikut. Study awal awal, jangan tunggu last minute. 

14. Tonjolkan diri, kurangkan segan
Bab tonjolkan diri Dylla sendiri pun tak berjaya sangat sebenarnya. Tapi tonjolkan diri ni bukanlah berlakon atas pentas or bercakap depan orang ramai semata-mata. Tonjolkan diri ni maksudnya buat muka tak malu, tegur je semua orang. Semua orang baru masuk so diorang tak kenal siapa kita before this. Jumpa je sesiapa duduk sebelah dalam dewan, tegur je. Kalau tak tahu nak tanya apa, boleh lah guna soalan-soalan cliche yang Dylla pun guna (Nama siapa? Dari mana? Before this study mana?) hahaha. And dalam kelas jangan segan. If tahu jawapan or nak tanya soalan, angkat je tangan okay? Dylla pun sebenarnya still tengah try untuk berani angkat tangan and lontarkan pendapat or bagi jawapan haha. Ada lah juga sekali dua Dylla bagi jawapan hehe (duduk depan senang sikit lecturer nak dengar suara :p). 

15. Jadi aktif! 
Macam yang Dylla cakap, masuk uni bukanlah bermaksud kena study je sepanjang masa. Biasa kelab-kelab persatuan kekadang akan anjurkan program or event so take this chance to join it! Lebih lebih lagi kalau siapa yang kena kumpul jam (MPU hours) haaa lagi lah digalakkan buat awal awal so nanti takde lah bila tiba masa nak grad, tak boleh grad sebab MPU hours tak cukup :/ 

Oh haaa ni lagi satu tips paling penting; SEMBAHYANG, DOA, USAHA, TAWAKAL. Kita mampu usaha, tapi Allah swt yang menentukan segalanya. Sentiasa niat belajar kerana Allah swt, bukan semata-mata nak pass exam, InshaaAllah kekal ilmu tu dalam otak. Panjang pula post kali ni, hopefully berguna InshaaAllah. Ada salah silap, maafkan Dylla, tegur tegur lah eh. Okay till here semua. 

Assalamualaikum! :)

Comments

  1. Terbaik kak dylla 😊😊 saya xkan lupa no 12 heheheh
    -junior-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Okay bagus dik, tak makan nanti tak boleh focus study hahaha

      Delete
  2. baca baik2 ye adik2.. Kak Dylla da turunkan amanat masuk u tu.. hehe..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Cara Membuat Gam Kanji

Experience Studying In International Medical University, IMU

4D3N Krabi Budget Trip (Less Than RM700!) - Itinerary & Expenses