Sangap Berjangkit (Contagious Yawning)

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

What a tiring day~~~ Tak suka kelas pukul 8, tak suka juga kelas sampai lewat petang. Memang pun ayah ada share dengan IMU, banyak sangat complain haha. I had 4 lectures just now wuaaaa. But luckily the first 2 lectures (9.15-10.15 & 10.30-11.30) were only briefings about CVS module and the so-called new revised assessment. IMU changed their system, for real. And as usual, batch Dylla memang selalu jadi either 'tikus putih' or first timer. Kalau before this medical students kena pass Sem 2, 4 and 5, but batch Dylla, the only batch yang kena pass Sem 2, 3 and 5. Batch after Dylla kena pass Sem 3 and 5 je. This is more complicated than the most complicated relationship in the world, haha okay saja je exaggerate. Takpe takpe ada hikmah. "InshaaAllah bila graduate, kita lah graduates yang paling tough from IMU." Kata-kata nak legakan hati konon haha. 

By the way dalam kelas petang tadi, Dylla tak habis-habis sangap. Ehhh jangan fikir maksud lain -..- Haha orang Melaka and Johor kebanyakkannya panggil menguap tu sangap haha. Dulu ada one time kat sekolah (I studied in secondary school in Selangor), Dylla cakap lah kat kawan Dylla, "Kau ni jangan lah sangap, nanti aku sangap jugak." Then kawan Dylla semua terkejut sbb bagi diorang sangap tu bawa maksud lain hahaha. Certain people cakap menguap tu boleh 'berjangkit'. Betul ke eh? Aippp! Tutup mulut tu. Takkan baru start baca dah menguap kot hehe.



First thing first, kenapa kita menguap? Nak tangkap lalat guna mulut ke? 
Dia rasa lawak tanya orang nak tangkap lalat guna mulut ke *perli diri sendiri* haha. Orang biasa cakap kita menguap sebab tak cukup oxygen (O2). Yes it's true. The act of opening your mouth wide allows as much as possible air to be taken in. Bila kita menguap, udara masuk penuhkan paru-paru kita and sedikit daripadanya dihembus keluar. So lagi banyak lah oxygen yang masuk. Sometimes kita menguap bila letih or bosan. Oh, and kita menguap bila dalam kelas, hmm padahal nak kata tak cukup tidur cukup je haha. Menguap ni sebenarnya involuntary action, iaitu dalam keadaan yang kita tak control. Memang lah boleh control tp usually kita menguap je bila kita nak, kekadang tak sedar pun kan? Haa itu lah maknanya involuntary. 

Macam mana menguap boleh berjangkit? 
While scientists still don't really understand about this phenomenon, ada banyak hypothesis which are currently still being researched. Menarik kan? Menguap pun orang buat research, tak terfikir pun before this. Dylla biasa tahu menguap sebab mengantuk je haha. 

So here are some of the hypothesis:

1.  Fixed action pattern. 
Contagious yawn is controlled by a specific stimulus. Dalam part ni, diorang cakap menguap berjangkit ni ala ala macam "reflex action", which means sorang menguap akan menyebabkan orang yang berdekatan menguap juga. Macam dominos gitu. Susun banyak banyak, tolak satu je tapi yang lain jatuh juga. Bila dah start menguap, kena juga habiskan. Do you think you can stop yourself while you're yawning? Usually impossible, rasa kena juga habiskan menguap, baru puas haha.

2.  Non Conscious Mimicry ("The Chameleon Effect")
Chameleon in bm is sesumpah. Kadangkala kita imitate or tiru perbuatan orang lain secara tidak sengaja. People tend to mimic each other posture and behaviour. Contohnya macam time tengah duduk. Bila orang yg tengah duduk hadapan kita silang kaki, kita pun secara tidak langsung terikut. Scientists believe that chameleon effect ni may be possible because of kewujudan "mirror neuron". Mirror neuron is a type of brain cell yang menyebabkan kita buat benda yang sama bila kita tengok orang lain buat benda tu. Mirror neuron usually penting untuk pembelajaran so that kita boleh belajar and ikut dengan tepat. Kalau cikgu ajar ABC, kita pun ikut ABC, takde lah tetiba 123 pula. Haaa panjang betul explanation, senang cerita tiru gaya orang lain secara tidak sengaja lah hehe. 

3.  Empathy
Empathy, empathy, empathy. Kalau time clinical session, doctors semua tak habis habis suruh tonjolkan empathy betul betul. Empathy tak sama tau dengan sympathy. Dylla pun selalu tersilap dulu. Empathy ni actually is an ability to put yourself in someone else's shoes and partake (ambil bahagian) in their emotion. Dylla tak berapa faham kaitan empathy dengan menguap. Diorang cakap usually contagious yawning ni berlaku sesama kawan and jarang between strangers. Maybe maksudnya kalau kawan menguap sebab mengantuk then kita pun menguap sbb kita try faham dia (eleh cakap jelah mu ngantuk jugak kehkeh). Tapi logik juga kan? Sebab tu dengan strangers jarang. Yelah kalau stranger menguap 10 kali then tetiba kita menguap 10 kali juga nanti takut dilabel psychotic copycat pula hahaha. And contagious yawning ni juga start berlaku dari umur 4 5 tahun ke atas, bila budak dah start boleh fikir bout others' emotions. 

Hmmm menarik juga. Tak sangka the whole entry is about sangap, eh silap I meant menguap hehe. But ni semua hypothesis je, diorang pun still buat research. So nanti bila tetiba menguap, fikir lah apa yg menyebabkan menguap. Orang dekat dengan kita ada yang menguap? Atau kita terfikir pasal menguap? Anda mungkin menjadi saintis yang seterusnya hehe.

Till here tata! 

8 comments

  1. Orang kata menguap nie berjangkitkan.. bila org depan kita menguap, otometik kita pun akan menguap sama

    ReplyDelete
  2. haah...ramai orang cakap menguap ni boleh berjangkit...hihi..p/s : cik Dylla sila tutup mulut tuuu..*juz kiding*

    ReplyDelete
  3. akak ms dok KL dl br tau sangap tu menguap.klau x msti pk tettttt...hahahaha

    ReplyDelete
  4. itu sbb kalau ada org menguap sis JM paling arah lain..kalau pandang mesti akan rasa nk menguap juga..berjangkit

    ReplyDelete
  5. Hahaha betulkan. Sangap ni contagious! Kalau dok dalam satu baris, sorang menguap, nanti semua gilir2 menguap

    ReplyDelete
  6. woot woot new neighbour ;)

    http://rashidmajidofficial.blogspot.com/2015/03/wedding-sofea.html

    *:O yawning. jangkit sudah. hihi

    ReplyDelete
  7. nice sharing . nasib kelas saya paling awal pon 8.30 tu pon sehari je . ada hari satu je kelas , ada yang xde jgak . huhuu

    ReplyDelete