Upin Ipin Ajar Tangkap Kelkatu

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Luqman is my youngest cousin belah ibu. Ibu memang jaga dia every weekdays time Makcu pergi kerja. Dylla pulak memang suka melayan budak kecik haaa kalau tak main tumbuk tumbuk, main baling bantal, geletek geli geli kan ke haha. Umur 21 bukan bermakna tak boleh main camtu kan kan? (Sokong lah sikit hehe).

Tadi time Dylla tengah duduk membuang masa, Luqman pi lari sana sini. Rasa cam nak join je lari lari dalam rumah, ehhh okay tak main je. Tiba-tiba dia datang sambil letak jari telunjuk kat ipad. "Nak Pin Pin." Bahasa pelat Luqman Pin Pin tu maknanya Upin Ipin haha. So Dylla pun buka lah kan youtube cerita Pin Pin dia tu. Kebetulan rasa cam memang nak bermalasan so terjoin pula tengok Pin Pin hehe alasan :p

Cerita Upin Ipin Musim 6 Tajuk "Tangkap Dia". Haaa sabar sabar, tak payah terus on youtube. Bacalah dulu sampai habis nanti Dylla letak cerita tu kat penghujung entry ni okay hehe. Dalam bahagian 1 cerita tu, Upin Ipin tengah siapkan kerja sekolah bila kelkatu 'serang' diorang. Then opah pun datang and ajar macam mana nak kurangkan kelkatu yang main pusing pusing kat hidung haha.

Cara untuk kurangkan kelkatu:
1. Letak besen air bawah satu lampu.
2. Tutup lampu yang lain.
3. Tunggu dan lihat.

Ni apa yang Dylla dapat from that cerita lah haha but tak tahu jadi ke tak. Hehe nanti boleh beritahu Dylla jadi ke tak okay :p

Okay sekarang masuk sesi perbincangan. Ye kau ni Dylla memang suka post kat blog macam nak suruh orang jawab SPM kan haha.

Apa yang jadi kat kelkatu dalam cerita Upin Ipin tu?
Banyak kelkatu masuk ke dalam besen yang berisi air tu. Kenapa? Sebab kelkatu kan suka cahaya jadi oleh sebab kat air tu nampak pantulan cahaya so kelkatu pun pergi lah kat cahaya dalam air tu. Ala ala cam tipu kelkatu lah ni hehe. Tipu kelkatu takpe, jangan menipu orang lain sudah. Menipu and cakap bohong lama lama mencuri (kesitu pula mu ni Dylla).

Kenapa kelkatu suka cahaya?
Kelkatu in English is termite swarmers. Kelkatu ni merupakan satu fasa dalam kitaran hidup anai-anai (termite). Ohhhhh baru tahu. Okay sambung haha. Anai-anai kan suka makan kayu and perabot. So dengar cerita kelkatu ni memang diciptakan sedemikian dengan bermatlamat hidupkan "Di mana ada lampu, di situ ada kayu." Hmmm logik juga kan kan? Subhanallah, ciptaan Allah. Ni setakat yang Dylla pernah terbaca. Pasal lain tak sure pula, kalau ada beritahu lah ye hehe kita sama-sama kongsi ilmu.

Kenapa bila lepas hujan biasanya tinggal sayap je yang banyak?
Ada sesetengah kelkatu ni diorang pi dating. Banyak yang lain pula kena makan dengan cicak muahahaha! Tetiba teringat masa kat sekolah dulu. Time tu musim hujan so banyak gila kelkatu. Kitorang memang tutup semua tingkap pintu, perang habis-habisan dengan kelkatu. Diorang sampai masuk celah-celah pintu sebab banyak sangat! (Time tu SPM so tak sempat pula nak tengok Upin Ipin haha). Bukan kelkatu je yang banyak, cicak luar dorm pun banyak gilaaaaaa! (Lebihkan a supaya orang tahu memang gila banyak kelkatu tu). Diorang buat kenduri besar-besaran. Sampai hati tak jemput :( Hahaha!

Okay setakat ini jelah perkongsian mengenai kelkatu. Ye ye, nak letak lah ni cerita Upin Ipin tu. Ibu Dylla takut tengok Upin Ipin tajuk ni sebab nanti ada time diorang tangkap katak. Lagi ibu takut lagi Dylla sengaja pi duduk sebelah ibu hehehe.


Ps: Dylla prefer sebut kalakatu daripada kelkatu. Sukahati cheq lah hihi
Tata semua! 

Comments

  1. Hahaaa Cik Candy pun sebut kelkatu gak...

    ReplyDelete
  2. Haha..seronok..Kak wana pun kekadang layan upin ipin gal ngan anak2 buah ^_^

    ReplyDelete
  3. Suka lah entri ni!! :))

    ReplyDelete
  4. Bagus gak tengok upin ipin nie kekadang ada tips berguna kaan ^^

    ReplyDelete
  5. dulu waktu sekolah rendah rajin tangkap kelkatu ni nak buat umpan pegi mancing

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sis, dah tua baru saya tahu yg kelkatu leh buat umpan mancing :)

      Delete
  6. Dilla,samalah style kita sebut kalakatu hihihi akak kalau sebut kelkatu rasa macam tak cukup sayap je :)

    ReplyDelete
  7. tudia.. siap tips nak kurangkan kelkatu..
    kalo kat rumah akak memang akak akan bukak lampu toilet..
    lampu lain tutup.. esok tengok mmg penuh kat lantai..

    ReplyDelete
  8. dulu anak akak suka la tengok upin ipin ni skang tak dah hihihi. baru tau jugak yang kelkatu ni dari spesies anai2 tuuuu

    ReplyDelete
  9. hi dear..kalau tengah cari muslimah attire (dress,top,skirt,shawl)with affordable price bpleh visit our website fb or instagram padieka raccolta. tq :)

    ReplyDelete
  10. Nice sharing. Baru tau pasal kelkatu.. Interesting gak..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Cara Membuat Gam Kanji

Experience Studying In International Medical University, IMU

4D3N Krabi Budget Trip (Less Than RM700!) - Itinerary & Expenses