3 Absent Letters In A Day
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Semalam hari Khamis, okay everyone knows that -.- Dylla ada CSU (Clincal Skills Unit, kitorang panggil untuk clinical session) at 8am and PBL (Problem Based Learning) at 2pm je. Malam before tu Dylla dah rasa macam nak demam lah lesu lah apa semua sampai takde mood langsung nak study (acece finally a good reason tak study hehe). So Dylla pun tidur lah around 10pm which was awal lah juga sebab biasanya 11 lebih. Dalam pukul 4 lebih macam tu Dylla bangun. Alhamdulillah sempat lah buat benda benda berfaedah and alang alang tu sahur sebab nak puasa. After Subuh konon tak nak tidur but macam mana entah Dylla tertidur so around 7am Dylla bangun tidur terus dengan laju berdiri. Tiba-tiba Dylla rasa macam kepala pusing (Medical term: Vertigo) so Dylla pun duduk lah sekejap. Usually vertigo or rasa berpusing disebabkan 'postural hypotension'. Kalau dari keadaan baring lah biasanya, jangan terus berdiri sebab badan macam tak cukup masa...